Wednesday 27 July 2011

Adobe Photoshop entry

Salam semua,

Cikgu attachkan 2 gambar (before and after) yang Mohd Adib Farhan emailkan pada cikgu. Sila lihat lampiran.

Kepada Mond Adib Farhan, sila print dan laminate kedua-dua gambar untuk tujuan dipamerkan di kantin InsyaAllah.

Bagi yang menghantar kepada cikgu dengan tangan, tolong emailkan file jpeg anda kepada ictsmkbtp@gmail.com supaya cikgu bolehkan masukkan ke dalam blog ini.

Terima kasih semua terutamanya kepada yang menyertai pertandingan. InsyaAllah pemenang akan diumumkan tidak lama lagi.

Sunday 26 June 2011

CONTENT CREATION & HARI KEUSAHAWANAN

Kita perlu mata seorang photograher utk 'capture' gambar-gambar yang simple tetapi unik.

Kepada pelajar-pelajar SMKBTP yang ingin menyertai pertandingan content creation kategori photoshop editing, tolong print dan laminate phote sebelum dan selepas edit. Serah pada cikgu untuk buat pamiran di kantin. Juga tolong email file format jpeg kepada ictsmkbtp@gmail.com supaya cikgu boleh upload gambar dalam blog ini. Cikgu berbangga dengan hasil kepakaran pelajar-pelajar SMKBTP dalam bidang ICT.

Bagi yang masuk blog entry tentang sekolah atau guru kesayangan, cikgu mohon izin untuk linkkan blog anda dengan blog ini supaya orang lain dapat membacanya sama.

Bagi kategori animasi, cikgu harap lebih ramai yang mencuba.

Sama-sama kita bergerak maju kearah wawasan 2020 dengan ICT.


Pn Yuhaida Yusof

Monday 30 May 2011

Pertandingan 'Content Creation' SMKBTP

A sample of the picture that I have taken.

Selamat bercuti kepada semua pelajar-pelajar SMKBTP. Untuk memenuhi masa cuti dengan aktiviti bermanafaat, Kelab ICT menganjurkan pertandingan Content Creation khas untuk mencungkil bakat-bakat pelajar dalam bidang ICT supaya kita dapat bergerak maju sejajar dengan perkembangan ICT terkini. Di bawah adalah maklumat pertandingan:

PERTANDINGAN “CONTENT CREATION” ANJURAN KELAB KOMPUTER & ICT SMKBTP (AKTIVITI CUTI SEKOLAH)

KATEGORI PERTANDINGAN:
A)  MOVIE MAKER, iMOVIE, ATAU APA-APA SOFTWARE BERKAITAN – TENTANG SMKBTP.

B)  ENTRY BLOG TENTANG SMKBTP.

C) ENTRY BLOG TENTANG GURU KESAYANGAN.

D)  GAMBAR PHOTOSHOP EDITING.


E) ANIMASI MENGGUNAKAN FLASH, JAVA, MAYA ATAU APA-APA SOFTWARE BERKONSEPKAN PENDIDIKAN.

Sila hubungi Pn Yuhaida, Pn Salasiah, Sree Ryzal 5sc1, Sharul Azwan 5PD2, Nicholas Ian Lee 5pd2, Shafiz Apham 5pd2, Ahmad Zareem 3B, Muhd Redza Hafiz 3A2.
Tarikh pertandingan – Khamis 30 Jun 2011 di bilik komputer.

 Sila hantar gambar anda, movie atau link kepada blog anda kepada email di bawah:
ictsmkbtp@gmail.com

Anda juga boleh menyerahkan terus kepada saya, Pn Yuhaida Yusof, selepas sekolah buka semula. Bagi yg memasuki kategori photoshop editing, sila print out gambar anda dan laminate serta serahkan kepada Pn Yuhaida. Gambar anda akan dipamerkan di kantin sekolah untuk satu tempoh tertentu sebelum ianya menjadi sebahagian hiasan di bilik komputer. Ooopppsss..... jangan lupa print (a)nama anda, (b)kelas anda serta (c)tahun '2011' dalam gambar tersebut

Hadiah thumb drive menanti anda untuk setiap kategori. Anda boleh menyertai secara individu atau berkumpulan. Namun hadiah harus dikongsi kalau berkumpulan. Tapi jangan gundah gulana kerana sijil penyertaan akan diberikan untuk setiap peserta.

Terima kasih atas sokongan anda semua. Semuga Kelab ICT dapat memangkinkan peningkatan penguasaan ICT dikalangan pelajar-pelajar SMKBTP. 

Good luck and thank you very much to all of you.

Pn. Yuhaida Yusof




Wednesday 13 April 2011

Selamat Datang

Selamat datang ke laman blogspot Kelab ICT SMK Bandar Tasik Puteri. Kami akan masukkan berita-berita terkini. Jika anda ingin berkongsi berita dalam laman ini, sila hubungi Sree Rizal dari 5 Sc 1. Email address kelan ICT akan diberikan kemudian.